Lelaki gila seks letak sperma dalam botol minuman juruwang

KUALA LUMPUR- Sebuah video
memaparkan seorang lelaki melakukan onani dan meletakkan spermanya ke
dalam botol minuman seorang juruwang di lobi sebuah hotel yang dikatakan
terletak di Puchong, mengejut dan menjijikkan netizen.
Rakaman dari video dari kamera litar
tertutup (CCTV) yang dimuat naik di Facebook kira-kira lapan jam lalu
oleh pengasas bersama ‘Community Policing Malaysia’, Kuan Chee Heng
tersebar luas di kumpulan media sosial yang lain.
Pada mulanya, video itu memaparkan
seorang lelaki Cina, dalam lingkungan 20-an duduk dan berkeliaran di
lobi sambil melakukan onani.
Dia kemudian mengambil botol minuman berwarna merah jambu dari kaunter dan mula melepaskan sperma ke dalam botol itu.
Namun, nama hotel berkenaan tidak didedahkan di dalam video itu.
Dalam kapsyen video berkenaan, Kuan
menulis bahawa juruwang malang meminumi air dari botolnya dan apabila
merasakan ada kelainan, beliau terus memeriksa video dari CCTV.
Kapsyen video berkenaan:
“Seorang lelaki sakit mental beronani di
lobi hotel, masukkan sperma ke dalam botol minuman dan tanpa diketahui,
juruwang terus meminum dari botolnya dan merasakan ada yang tidak kena
dengan air itu.
“Beliau menemui sperma dalam airnya dan
apabila melihat CCTV, mendapati lelaki Cina gila seks memasukkan mani ke
dalam botol airnya yang disimpan di kaunter ketika beliau tiada di
situ. Kami akan terus memburu lelaki itu kerana kami percaya dia akan
melakukan perkara yang lebih buruk lagi selepas ini,” kata Kuan.
Menurut chop tarikh dalam video berkenaan, ia dirakam pada 22 April lalu.
Video berkenaan menerima banyak komen negatif dari pengguna Facebook dan turut menerima lebih 72 likes dan 75 perkongsian.
“Sekiranya pelaku itu orang Melayu/Islam,
sudah tentu kesudahannya berbeza kerana terdapat kritikan terhadap
Melayu/Islam kebelakangan ini,” kata seorang pengguna Facebook, Othman
Rais.
Jennifer Leong, seorang lagi pengguna
Facebook, seperti netizen yang lain, marah dan berkata lelaki berkenaan
perlu dicari dan dihukum.
“Letak gambar lelaki gila seks ini dan biar orang semua mencarinya,” kata seorang pengguna Facebook, Leonard Yang.
No comments:
Post a Comment