Tuesday, 30 June 2015

PANAS ! Stokis2 TUDUNG NAELOFAR ditergur Oleh RIZALMAN !

Rizalman Menegur Stokis Naelofar

Bisnes secara online kini seperti satu fenomena dan instagram dilihat sebagai medium paling tepat untuk melariskan sesuatu produk.

Dalam pada itu, kadang kala ada peniaga yang secara hentam keromo meletakkan hashtag yang tidak berkaitan dengan produknya. 

Hal seperti inilah yang membuatkan peniaga lain makan hati. Ini yang dirasakan apabila pereka fesyen, Rizalman mendapati hashtag untuk perniagaannya, #rizalmanforzalora turut di 'tag' dengan produk lain.

Dalam erti kata lain, ia di 'tag' dengan produk pesaingnya, Naelofar. Ia berpunca daripada sesetengah stokis produk tersebut yang menggunakan hashtag produk Rizalman ke dalam produk Naelofar. 

Melihatkan perkara ini yang seakan diambil mudah dan enteng, Rizalman membuat satu status yang bertujuan menegur mereka ini.

"Saya buat HASHTAG rizalmanforzalora ni sbb senang saya nak lihat pemakai2 rekaan saya bergaya sakan dengan belian mereka, jadi janganlah share page ini ok. 

Kalau meniaga tudung buat cara meniaga tudung... Jaga peradaban perniagaan dalam Islam sebagaimana tudung itu menjaga kehormatan seorang insan. #hanyamenegurbukanmarah" ujarnya melalui akaun Instagram.

(Sumber foto: Instagram Rizalman)

Ternyata status tersebut mendapat banyak reaksi netizen, sama ada menyokong dan sebaliknya. Takut jua jika pemilik Naelofar, Neelofa terasa hati. 

Namun, akhirnya teguran Rizalman nampaknya membuahkan hasil. Hasil carian terbaharunya mendapati hashtag menggunakan koleksi pakaiannya tidak lagi dikaitkan dengan tudung Naelofar kerana stokis berkenaan telah membuang hashtag berkenaan.

"Terimakasih diucapkan kepada stokist #naelofarhijab dan empunya label ini kerana sungguh bertanggungjawab mendengar teguran saya lantas mengambil langkah sepatutnya. Syabas. 

"Saya doakan perniagaan kalian bertambah maju. Amin #rizalmanforzalora ." ujarnya melalui Instagram miliknya.

(Sumber foto: Instagram Rizalman)

Begitulah, dalam perniagaan ini bukannya besar sangat, kalau boleh sama-sama membantu dan bukannya caras-mencaras menggunakan jenama orang lain, bukan begitu?

Cara teguran yang berhemah turut dilihat berkesan dalam mengelakkan sengketa mahupun terguris hati di pihak lagi satu. Keep it up!

8 Kanak-kanak ''Ajaib'' Di Dunia !

8 Kanak-Kanak "Ajaib" Di Dunia


Memiliki kepandaian dan kebijakan adalah kelebihan luar biasa dan satu anugerah yang tidak terhingga. Tidak semua orang didunia ini " bertuah" dianugerahkan kepandaian dan kelebihan sejak dari lahir. Insan-insan bertuah ini mampu menggegar dunia suatu hari nanti jika bakat yang mereka ada sentiasa digilap.

Mereka-mereka ini dikesan memiliki bakat yang luar biasa sejak dari kecil lagi. Amat berbeza dengan rakan-rakan sebaya mereka.

Jom kita lihat senarai 8 kanak-kanak "ajaib" ini :




1. Kim Ung-Yong : Manusia Dengan IQ Tertinggi di Dunia
Lahir pada tahun 1962, kanak-kanak dari Korea ini diiktiraf sebagai manusia genius di seluruh dunia. Bayangkan pada umur 4 tahun, dia sudah boleh membaca huruf Jepun, Korea,Jerman dan Inggeris.Pada umur 5 tahun dia mampu menyelesaikan masalah pada soalan kalkulus. Dia mencatatkan dirinya pada Guinness Book of World Records dengan “Highest IQ” 210.




2. Gregory Smith : Mendapat Penghargaan Nobel Pada Usia 12 tahun
Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith mencatatkan namanya pada nobel perdamaian. Berkat usahanya dalam mendirikan International Youth Advocates,Komuniti Orang muda seluruh dunia.Dia pernah bertemu secara langsung dengan Presiden Bush, dan juga Michael Gorbacev.


Sumber foto : www.classteacher.com

3. Akrit Jaswal : Doktor Bedah berusia 7 tahun

Dengan gelaran “budak terpandai di dunia” telah melekat pada Akrit Jaswal, seorang kanak-kanak dari India.Dia mengejutkan orang ramai, ketika pada umur 7 tahun kerana melakukan pembedahan pada seorang gadis di tempatnya. Gadis itu menderita luka akibat terbakar di tangannya, hingga tangannya tidak dapat dibuka, dan Jaswal pun melakukan pembedahan hingga jari-jemari gadis itu boleh terbuka seperti sedia kala. Ketika ini, dia tercatat sebagai doktor paling muda di dunia, dia diterima masuk di Universiti pada usia 11 tahun.


Sumber foto : mp3lemon.unblocked.pw
4. Cleopatra Stratan : Penyanyi Berusia 3 Tahun dengan Gaji 1000
Lahir Pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. Dia adalah pencatat sejarah di Industri muzik sebagai seorang penyanyi,dengan albumnya tahun 2006 La varsta de trei ani (“pada usia 3″). Dia mencatat rekod seorang artis cilik yang muncul diatas pentas dengan ribuan peminatnya. Dia juga menerima penghargaan MTV Award dalam Artis termuda yang mencetak #1 Hit.



Sumber foto : goodnewszonly.blogspot.com

5. Aelita Andre : Pelukis berusia 2 tahun
Kanak-kanak kelahiran Australia ini, baru berumur dua tahun namun sudah menunjukkan bakat sebagai genius, dia memiliki sebuah gudang pertunjukkan untuk karya-karya abstraknya.Pada mulanya Mark Jamieson, pengarah dari Brunswick Street Gallery di Melbourne’s Fitzroy, tertarik melihat sebuah foto lukisan dari Aelita Andre. dan dia menginginkan Aelite Andre bergabung dalam kumpulannya kerana bakat lukisannya itu. Ketika undangan telah dibuat, dia baru saja menyedari bahwa Aelita adalah kanak=kanak yang masih berumur 22 bulan. Namun dia tetap melanjutkan pertunjukannya itu.


Sumber foto : medhatmoheb.blogspot.com

6. Fabiano Luigi Caruana : Grandmaster pada usia 14 tahun
Seorang kanak- kanak berwarga negara Amerika dan Itali ini sungguh genius. Pada tahun 2007 dia memperoleh Grandmasternya,pada usia 14 tahun 11 bulan, 20 hari. sejarah telah mencatat namanya dalam Grandmaster termuda.Dan pada bulan April 2009, dia memperolehi Elo rating 2649, dalam usianya yang dibawah 18 tahun, membuatnya sebagai orang yang memperolehi ranking terbanyak, dan menakjubkan, hal tersebut dilakukannya sebelum usianya genap 18 tahun.


Sumber foto : www.dailymail.co.uk

7. Elaina Smith : Penyiar Radio berusia 7 tahun
Dalam usianya yang 7 tahun Elaina telah menjadi penyiar radio dengan pendengar yang melebihi umurnya. Elaina banyak memberikan penyelesaian tentang percintaan kepada para pendengarnya. Bagaimana caranya memutuskan hubungan dengan kekasih, Bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmonis dan banyak lagi yang lainnya.


Sumber foto : www.thestar.com.my

8. Adi Putra Abd Ghani : Tokoh Matematik Islam Abad Ini
Adi Putra Abd Ghani yang kini berusia 16 tahun menggemparkan negara Malaysia dengan kehandalan dan kepantasan melakukan kerja pengiraan matematik. Remaja ini pernah dinobatkan sebagai Tokoh Matematik Islam Abad Ini oleh Universiti Riau, Indonesia pada 2009.

(15 Gambar) Bukti Cinta Itu Buta !

Gambar Bukti Cinta Itu Memang Buta



Ada orang kata cinta itu macam kurap,makin digaru makin sedap.Ya ke erk?..haha tak pernah kena kurap,tak tau pulak.Cinta buta pulak memang jarang berlaku.Apapun kalau dah jodoh,bagai pinang di belah dua belas pun tak jadi hal.Tak caya? lihat 10 gambar dibawah.Jangan jeles plak yer.Zaman sekarang duit segalanya.



















Rezeki Kena Maki, Dapat Makan Steak RM4,878 ! Abah Kau Lah !


Gambar dari Instagram Nur Azira
Wah! Rezeki di bulan ramadan. Siapa sangka, jawapan simple 'MENATE' itulah yang mendatangkan rezeki makanan yang bernilai RM4,678. Makanan orang kaya, mana mampu orang marhaen nak merasanya, ye tak? 
Semalam, mangsa kena maki Azwan Ali, Nur Azira, memuat naik beberapa gambarnya berbuka puasa di Me'nate Steak Hub bersama dengan keluarganya serta wakil pengendali laman Facebook popular, Oh! Media. 
"Assalamualaikum. First of all, I nak berterima kasih kat Oh! Media because viralkan that case. Hehehe! Yeayyy! Dari situ laa we'oulss sekeluarga dapat special invitation from 5 star steak house bebbb for iftar!
"Secara jujurnya, tak mampu den nak membayor makan sampai RM4K (bills for iftar today). Biar la kita ni low profile sikit, jangan nak GAHH manjang. Soon HATERZZZ yang ramai hokey!" katanya yang dipercayai ditujukan kepada Azwan Ali.
Dalam kenyataan Nur Azira di Instagram itu, dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pekerja restoran itu dan tidak lupa juga kepada pemiliknya yang sangat peramah ketika melayani mereka sekeluarga.
"Owner tersangatlah peramah melayan saya sekeluarga seperti VVIP sepanjang di sana. Steak yang disajikan untuk kami sangat sedap, soft dan terasa herbnya," 
Azira juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan sokongan kepadanya. 
Bagi mereka yang ingin merasa sendiri kesedapan steak restoran ini, bolehlah berkunjung ke cawangan yang berhampiran dengan anda.

Sunday, 28 June 2015

Wajah ibu tiri dera budak 5 tahun separuh mati didedahkan di Facebook

Susulan kes penderaan yang berlaku pada seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun oleh ibu tirinya, gambar-gambar ibu tiri dan gambar kecederaan mangsa tanpa ditapis tersebar di laman sosial.

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Sheila Khan itu telah dikongsi ramai pengguna Facebook dan mencetuskan kemarahan orang ramai yang berang dengan tindakan ibu tiri mangsa.



Baca luahan sedih Sheila Khan di bawah:

"Baby Zara, I can't believe this happen to you sayang. Umur baru lima tahun dan terpaksa lalui saat-saat yang sangat sukar dipukul ibu tiri separuh mati sehingga patah tulang belakang. Patah tulang rusuk dan bahagian-bahagian badan lain. Retak hampir 10 bahagian di badan. Kepala pecah akibat hantukan kuat di dinding. Dahi dihentak ke lantai. Tak diberi makan sehingga 0 protein dalam badan.

"Allah, please be nice to her. Dia dah sakit terlalu lama sendirian tanpa kami tahu. Dia yang menanggung setiap kesakitan dan kami hanya mampu berdoa. Jauhilah segala duka di matanya.

"Ya Allah, pulihkan semangatnya, kuatkan jiwannya. Ya Allah, jika ada keajaiban, pindahkanlah deritanya kepada ku. Ya Allah, pasti ada hikmah di setiap kejadian. Berikanlah balasan yang setimpal kepada yang melakukan.

"Zahara sayang, be strong Yaya. Mama Yaya and family semua hari-hari doakan Yaya cepat sembuh," katanya.

Sumber - THEHYPEMEDIA.COM

Wednesday, 24 June 2015

7 Penjenayah Terkemuka Di Malaysia

7 Penjenayah Terkemuka Malaysia



Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah. Antara kes kes jenayah yang pernah berlaku dalam negara kita yang aman ini adalah seperti rompakan, rogol, penyeludupan senjata api, kegiatan kongsi gelap dan pembunuhan yang mengerunkan. Pasti korang tahu pasal kes kes jenayah dan penjenayah yang tersebar luas dalam media massa. Sejak zaman dulu pun dah ada penjenayah. Tak tahu la sama ada korang kenal atau tidak (penting ke kenal diaorang? ada masuk dalam SPM subjek "Sejarah" ke?) Yang pasti, hari ni aku nak kongsikan cerita pasal penjenayah penjenayah yang pernah fofular sewaktu ketika dulu.








1. Botak Chin




Wong Swee Chin adalah nama sebenarnya. Botak Chin tidaklah berkepala botak sebaliknya nama itu adalah gabungan perkataan BO TAK CHIN dalam bahasa hokkien membawa maksud Tiada (BO) Kerja (TAK) CHINA (Chin) atau 'jobless chinese'. Pada tahun 1967, Botak Chin mula terbabit dalam kumpulan Geng 360 di Kuala Lumpur dan melakukan jenayah seperti merompak dengan menggunakan senjata api yang dirampas oleh kumpulannya atau dibeli di Thailand dengan menggunakan wang hasil dari rompakkannya. Pada September 1969, dia mula menubuhkan geng sendiri. Melakukan lapan rompakan pada bulan itu tetapi akhirnya ditahan polis dan dipenjara tujuh tahun. November 1974 selepas dibebaskan dari penjara dia memulakan kehidupan baru sebagai sebagai penjual sayur tidak ianya langsung tidak memuaskan hatinya. Oleh itu, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai). Kegiatan rompakan oleh mereka semakin aktif seperti di pusat perjudian haram di Sentul, sebuah bank di Jalan Imbi Kuala Lumpur, kuil Cina di Jalan Kolam Ayer Kuala Lumpur, sebuah bar di Sentul, di Kelab Kereta api Sentul dan juga di Kelab Lumba Kuda sekitar Kuala Lumpur. Segala hasil rompakan digunakan untuk membeli lapan senjata api dan peluru di Thailand. Kedudukannya sebagai ketua mula terancam oleh anggotanya sendiri, Ah Wong, dan Ketua Geng Lima Jari Gunung, Tua Pui Lek. Kedua dua mereka ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang. Orang kanannya, Seh Chai, pula mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor. Awal 1976 Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000. Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditangkap. Polis juga berjaya merampas senjata api, peluru dan bom. Pada 22 November 1975, kejadian berlaku di malam hari. Sebuah kereta Datsun hijau yang dinaiki oleh Botak Chin dan ahli gengnya yang lain mengekori rapat sebuah kereta yang dinaiki oleh pegawai kanan polis, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) S Kulasingam. Pegawai berkenaan adalah sasaran mereka. Setiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, kereta Datsun berkenaan bergerak pantas menghampiri kenderaan yang mereka ekori. 18 tembakan dilepaskan bagi ‘menghapuskan’ DSP S Kulasingam. Dentuman demi dentuman dilepaskan hingga mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan. Matlamat kumpulan lelaki itu hanya satu iaitu membunuh seorang pegawai kanan polis di tempat terbuka. Bagaimanapun, tindakan ‘gila’ penjenayah itu gagal berikutan hanya satu das tembakan mengenai Kulasingam. Sebaliknya pegawai polis itu masih berupaya memandu ke Balai Polis Cheras, tidak jauh dari lokasi itu. Keesokannya, terpampang pada dada akhbar bahawa cubaan membunuh itu gagal. Serangan mengejut terhadap Kulasingam menyebabkan pihak polis bertekad untuk menahan dan membasmi jenayah pemuda itu. Satu pasukan khas ditubuhkan polis. Beberapa pegawai polis yang pakar memburu penjenayah daripada beberapa ibu pejabat polis daerah dipanggil menganggotai pasukan itu dan tugas mereka adalah menjejak pergerakan geng Botak Chin. 16 Februari 1976, episod akhir pemburuan polis membawa mereka ke sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Polis mula mengepung kilang berkenaan dan menunggu kemunculan Botak Chin. Sebuah kereta Mazda putih masuk ke kawasan kilang. Sebaik berhenti, tiga lelaki keluar daripada kereta itu dan seorang daripada mereka ialah suspek buruan, Botak Chin. Penjenayah ganas itu lengkap bersenjata selain memiliki dua bom tangan. Langkah dan perlakuan seperti biasa meyakinkan pihak polis bahawa kumpulan penjenayah terbabit tidak menyedari kehadiran mereka. Dengan pantas pihak polis bertindak, empat pasukan menggempur masuk ke kawasan kilang dan berlakulah pertempuran antara penjenayah dan polis, masing masing melepaskan tembakan. Botak Chin ditembak pada kaki dan tangan kanan. Manakala pengikut pengikutnya yang lain telah mati ditembak. Babak keganasan penjenayah itu berakhir apabila Botak Chin yang berada dalam keadaan tersepit menyerah diri dalam operasi penuh bahaya itu. Botak Chin ditahan selama setahun sebelum mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah terhadap dakwaan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori. Ketika menunggu dihukum gantung, Botak Chin terus menunjukkan sikap ganasnya apabila menyerang dan mencederakan pegawai penjara termasuk menggunakan senjata tajam sebanyak dua kali. Botak Chin dihukum gantung sampai mati pada 11 Jun 1981 di Penjara Pudu, Kuala Lumpur.

2. Bentong Kali



Penjenayah yang amat dikehendaki sekitar awal tahun 1990 an. P. Kalimuthu atau digelar Bentong Kali (tempat asalnya) terkenal dengan sikap barannya yang suka membunuh orang ramai secara sesuka hati. Puluhan orang awam tidak bersalah menjadi mangsa tanpa sebarang sebab disamping turut terlibat dengan aktiviti dadah dan rompakan. Keganasannya amat melampau hingga beliau masih membunuh orang awam walau ketika polis telah melancarkan operasi seluruh negara untuk menangkapnya yang dikenali sebagai 'Ops Buncit'. Rekodnya adalah 16 kes pembunuhan sehingga polis menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah kejam itu. Penjenayah mula terjebak dalam kegiatan jenayah seawal usia 14 tahun iaitu selepas dia meninggalkan alam persekolahan pada tingkatan satu. P. Kalimuthu menyertai Kumpulan kongsi gelap Cina 04. Pernah dipenjara ketika usia 19 tahun tetapi dibebaskan tidak lama selepas itu. Namun ianya tidak menginsafkan Kalimuthu sebaliknya kira-kira empat tahun selepas dibebaskan, dia kembali bergelumang dengan dunia jenayah dengan menyertai kumpulan kongsi gelap India 08. Bersama kumpulan haram dan rakan penjenayah baru, Kalimuthu aktif mencabar undang undang sekitar ibu kota iaitu di Brickfields, Segambut, Sungei Way dan Ampang. Ditahan semula pada Julai 1985 mengikut Ordinan Darurat serta pernah di tempatkan di Pulau Jerjak, Pulau Pinang tetapi dibebaskan pada tahun 1987. Peluan kedua yang diberikan langsung tidak dihiraukannya. Kali ini dia menubuhkan kumpulan kongsi gelap 04 yang tertumpu di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Kegiatan yang mereka lakukan adalah seperti mengedar dadah. dan untuk kesalahan itu, Kalimuthu ditahan lagi pada April 1990 dan didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya. Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman apabila bukti tidak cukup untuk mensabitkan kesalahannya. Pada 1991, Kalimuthu dikatakan mula mengganas kembali dengan melakukan pembunuhan demi pembunuhan sehingga menyebabkan polis mula melancarkan Ops Buncit pada Jun 1993 untuk menghentikan keganasan lelaki itu. Polis mengklasifikasikan profil lelaki itu sebagai bukan pembunuh upahan sebaliknya Bentong Kali yang bergerak bersama pengikutnya sekadar melakukan pembunuhan demi pembunuhan mengikut kehendak nafsu mereka. Antara pembunuhan yang dilakukan adalah dengan melepaskan tembakan rambang dalam satu majlis sambutan hari lahir menyebabkan 2 orang maut di tempat kejadian. Juga melepaskan sedas tembakan ke atas seorang penjual roti canai kerana menegur tindakan kurang ajar Bentong Kali yang kencing berhampiran rumahnya. Semua jenayah berlaku di kawasan perumahan Taman Tanming Jaya. Ini dikaitkan dengan Bentong Kali kerana penjenayah itu turut menyewa selama tiga bulan di Taman Tanming Jaya sebelum melarikan diri. Tindakan P. Kalimuthu menyebabkan penduduk di taman itu hidup dalam ketakutan. Ada antara mereka yang berpindah buat sementara waktu ke kawasan lain kerana khuatir menjadi mangsa seterusnya. Terbabit juga dalam kejadian pembunuhan seorang lelaki dan mencederakan seorang lelaki lain di Kampung Sungai Tepi, Jalan Klang Lama. Penemuan bukti kelongsong peluru 9mm dari pistol Sig Sauer menyebabkan polis mengesyaki pembabitan P. Kalimuthu atau Bentong Kali dalam kejadian siri pembunuhan berkenaan. Pencarian pihak berkuasa kemudian berhasil apabila Bentong Kali dikatakan keluar dari persembunyiannya dipercayai untuk mencari seorang bekas konconya di Jalan Klang Lama. Intipan polis kemudian membawa kepada serbuan di markas persembunyian lelaki itu di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara, Kuala Lumpur pada 29 Jun 1993. Drama tembak menembak berlaku dan akhirnya penjenayah dan tiga lagi rakannya berjaya ditembak mati oleh polis.


3. Mona Fandey



Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey, adalah seorang penyanyi pop, dukun, dan pembunuh dari Malaysia. Dia disabitkan melakukan jenayah berat dengan terbabit dalam kes pembunuhan seorang ahli politik, Mazlan Idris, pada tahun 1993. Kerjayanya sebagai penyanyi pop tidak bertahan lama, namun ia masih berjaya menghasilkan satu album. Selepas itu, Mona mula terlibat dalam kegiatan sihir spiritual yang dikenali sebagai bomoh atau dukun tempatan. Dia menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan dan sebahagian besarnya daripada masyarakat kelas atasan termasuk ahli ahli politik. Dikhabarkan bahawa Mazlan Idris, seorang ahli politik Adun Batu Talam, Pahang, telah berjumpa dengan Mona untuk mendapatkan perkhidmatan darinya. Mazlan Idris pernah menuntut di Amerika Syarikat dan merupakan seorang ahli politik hebat dan berkuasa dari United Malays National Organisation (UMNO) parti. Pada saat itu, Mona bekerja dengan suaminya Mohamad Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka Juraimi Hassan. Mona dan suaminya berjanji untuk membantu Mazlan dengan memberinya beberapa "benda" yang sama dimiliki oleh bekas Presiden Sukarno demi meningkatkan dan mengekalkan kekuasaannya. Mona menuntut RM 2.5 juta daripada Mazlan sebagai bayarannya. Oleh itu Mazlan telah membayar kepada pasangan tersebut dengan sejumlah wang RM 500,000 sebagai deposit dan memberi mereka 10 sijil tanah sebagai jaminan untuk sisa RM 2 juta. Satu perjanjian telah dibuat diantara mereka untuk melakukan pembersihan ritual yang akan dilakukan di rumah Mona. Mazlan disuruh berbaring di lantai sementara Mona menaburkan kelopak kelopak bunga kepadanya. Dia kemudian menyuruh Mazlan untuk menutup mata dan menunggu wang untuk "jatuh dari langit". Dengan sepantas kilat, Juraimi menghayun sebilah kapak menghentak Mazlan dan dicincangkan nya seluruh anggota badan Mazlan. Mayat Mazlan ditemui oleh polis pada 22 Julai 1993 dimana anggota tubuhnya dipisahkan dalam 18 bahagian yang dikebumikan di sebuah gudang dekat rumah Mona di Pahang. Mazlan dilaporkan hilang pada tarikh 2 Julai 1993 selepas menarik RM 300,000 dari bank. Setelah pembunuhan itu, Mona dilaporkan telah membelanjakan wang yang diterimanya dengan membeli sebuah Mercedes-Benz. Namun demikian, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Mona, suaminya, dan Juraimi akhirnya ditangkap dan diadili di Mahkamah Tinggi Temerloh. Sepanjang persidangan, Mona memperlihatkan perilaku aneh termasuk muncul ceria, terus tersenyum dan berpose untuk photographer wartawan. Dia berpakaian mewah dengan design yang cerah dan berwarna warni pada gaun. Dia juga berkata, "saya seperti mempunyai ramai peminat". Mona juga dilaporkan pernah mengucapkan kata kata "Aku Takkan mati" dan masih tenang dan tersenyum. Mahkamah Tinggi mendapati mereka bertiga bersalah dan menghukum mereka gantung sampai mati. Mona, Affandy, dan Juraimi akhirnya digantung pada tarikh 2 November 2001 di Penjara Kajang.

4. Hanafi Mat Hassan





Hanafi Mat Hassan, 38 tahun, seorang pemandu bas ekspres Kiara telah melakukan dua jenayah besar, rogol dan bunuh, di dalam basnya sendiri yang bercermin gelap. Mangsa, Noor Suzaily Mukhtar, seorang jurutera komputer dirogol oleh Hanafi pada 7 Oktober 2000 antara waktu 8.50 pagi di Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan pukul 9.15 pagi di sebatang jalan di kawasan projek pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang. Selepas dirogol, mangsa dibunuh kejam. Hanafi yang berasal dari Bachok, Kelantan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. Perogol telah menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang selepas subuh dan mayatnya dibawa ke Hospital Kajang sebelum dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke Binjai, Kelantan. Jenazahnya kemudian dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kubur Datu, Binjai.


5. Geng Azhar
Geng Azhar Kastam merupakan kumpulan penjenayah yang beroperasi di Malaysia. Pada 3 Januari 2009, 10 suspek menyamar sebagai pegawai kastam dan polis lalu menyerbu sebuah bengkel kereta di Selat Selatan, Pandamaran, Pelabuhan Klang , Selangor. Kononnya mahu melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang terdapat di situ. Suspek membawa keluar dua buah kereta iaitu Subaru Impreza dan BMW dengan alasan kedua dua buah kenderaan tersebut perlu menjalani pemeriksaan rekod oleh kastam. Pemilik bengkel dikatakan diminta membayar wang sejumlah RM50,000 untuk dua kereta itu sekiranya mahu menyelesaikannya di luar. Pada 7 Januari 2009 jam 4.00 petang, seorang suspek lelaki berjaya ditangkap di Plaza Tol Batu 11, Kajang yang membawa kepada tangkapan 10 lagi ahli kumpulan berkenaan di Cheras dan Ampang pada 8 Januari 2009. Semua suspek berusia dalam lingkungan antara 27 hingga 48 tahun. 8 lelaki dan 3 wanita.

6. Prebet Adam



Prebet Adam merupakan seorang askar melayu pada sesuatu masa yang lalu. Peristiwa amukan Prebet Adam pada tahun 1987 sebenarnya berpunca daripada kematian adik kesayangannya. Adik Prebet Adam merupakan seorang ‘Caddy’ atau penolong pemain golf (individu yang bertanggungjawab mengangkat segala batang golf) kepada Sultan Johor pada ketika itu. Dikhabarkan, pada suatu hari, ketika sultan Johor sedang bermain golf, adik Prebet Adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf Sultan Johor ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat panas baran beliau, Sultan Johor ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya yang keras itu kepada adik Prebet Adam tersebut. Dan secara tidak diduga, adik Prebet Adam mati ditempat kejadian. Disebabkan pada ketika itu raja raja Melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan undang undang. Sampai sahaja ke pengetahuan Prebet Adam, maka mengamuklah dia. Pada malam 18 oktober 1987, Prebet Adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya. Prebet Adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Dia lari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket. Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow Kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chow Kit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan di merata bangunan di situ bagi mengesan Prebet Adam namun gagal. Prebet adam dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran Prebet Adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelah dikepung oleh polis, Prebet Adam tetap enggan menyerahkan diri. Dengan kehadiran bos Prebet Adam yang berpangkat kolonel atau jeneral, akhirnya telah berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri. Bagi mententeramkan situasi negara pada ketika itu, Prebet Adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.

7. Ahmad Najib


Ahmad Najib Aris, 33 tahun, bekas pencuci kabin kapal terbang pasrah dan reda setelah hakim mengekalkan keputusan hukuman gantung sampai mati ke atasnya. Walaupun Ahmad Najib masih boleh merayu kepada Lembaga Jemaah Pengampunan Selangor sebagai usaha terakhir, namun ianya jarang dapat menyelamatkan pesalah daripada hukuman tali gantung. Kisah bermula dari sebuah parti keraian. Canny Ong Lay Kian, 28 tahun, menghadiri majlis makan malam bersama kawan kawannya dan ahli keluarga yang lain pada hari Jumaat 13 Jun 2003. Ibu Canny, Pearley Viswanathan dan kakaknya Elsie juga turut hadir ke majlis itu. Kereta mereka diparkir di tempat letak kereta dalam pusat beli belah Bangsar yang menempatkan Restoran Monte, lokasi parti tersebut. Pada 10.30 malam, Canny bersama kakak dan ibunya hendak pulang ke rumah. Ketika hendak membayar tiker parking di mesin tiket, mereka baru perasan yang tiket tersebut tertinggal dalam kereta. Jadi Canny pergi bersendirian mendapatkan tiket kereta itu. Dari situlah permulaan kisah yang membawa kepada kematian Canny. Kamera litar tertutup di bangunan tersebut menunjukkan bahawa kereta Proton Tiara milik ibu Canny dipandu laju dan merempuh penghadang laluan keluar. Sebelum Canny dirogol, Ahmad Najib mengakui mengacu pisau kepada mangsa. Tertuduh dalam pengakuannya menganggap hubungan seks dengan Canny adalah atas kerelaan mangsa. Bagaimanapun, perbuatan Ahmad Najib mengeluarkan sebilah pisau ditafsir mahkamah sebagai tindakan mengugut bagi membolehkan Ahmad Najib merogol mangsa. Bukti paling kukuh yang menuduh Ahmad Najib sebagi pesalah adalah apabila ujian DNA terhadap sepasang seluar jeans yang dipakai Ahmad Najib akhirnya didapati mengandungi percikan darah Canny dan ianya cukup kuat bagi membuktikan dia bertanggungjawab membunuh mangsa.


Cara Mendapatkan Semula Wang Yang Ditipu Oleh Seller/Buyer ! Abah Kau Lah!

Teknik dapatkan Wang anda semula jika ditipu oleh Seller/Buyer

Assalammualaikum, :)

Yang ni aku jumpa di satu group FB, dan diolah mengikut kehendak aku, hehe, harap bermanfaat.

Hari ini aku nak share cara untuk mendapatkan duit apabila buyer di tipu melalui transaksi online. Senang saje dan dengan menggunakan cara ini, InsyaALLAH anda akan dapat balik wang anda...


Langkah-Langkah seperti berikut :

1. JANGAN UPDATE DI FACEBOOK PROFILE @ GROUP
- Korang update la macam mana sekalipun, takkan dapat duit tu balik punya...dapat simpati tu mungkin la.

2. Buat REPORT POLIS 
- Dalam report ni tak payah nak cakap banyak.

3. Nyatakan dalam REPORT POLIS yang anda salah masukkan wang ke akaun yang salah.
- Contoh macam ni : Saya telah memasukkan wang ke akaun yang salah, report ini bertujuan untuk rujukan pihak bank. 
- REPORT ni penting untuk rujukan bank, kalau tak, bank takkan layan.

Ramai yang tanya, boleh ke macam ni? Sebab saya yang bank in bukan salah sesiapa.
Jawapan : PASTI BOLEH, kalau orang salah bank in RM20,000 ke akaun kamu, kamu ingat tak payah pulangkan ke? ingat boleh terus enjoy ke? No, no, no..tak boleh ok, hak orang kena pulangkan semula.  Kalau tak return, tunggu la Surat mahkamah ke ape2.,Tapi saya pasti anda akan dapat balik wang anda...InsyaALLAH.

4. Teruskan online shopping anda & jangan lupa share post ini supaya orang lain dapat manfaat dari post saya yang tak seberapa...Harap dapat membantu semua..

 pssttt...Artikel ini saya copy&paste sahaja dan diolah mengikut kesesuaian. 

Tuesday, 23 June 2015

Memandu Pakai Selipar Pun Kena Saman! Abah Kau Lah!

Pakai Selipar Memandu PUN Kena Saman

sumber foto : Facebbok Suzanne GL Tan

Kebelakangan ini, seperti yang kita sedia maklum, cara pemakaian seseorang sudah menjadi isu hangat dalam negara kita.

Susulan seorang wanita ketika berurusan di JPJ, didakwa berpakaian skirt yang terlalu pendek oleh pegawai JPJ yang bertugas sehingga dipaksa menyarungkan kain sarung, barulah dia dibenarkan masuk ke dalam pejabat JPJ.  

Dan termasuk juga isu gimnas Malaysia Farah Ann yang dikecam ramai pengguna laman sosial berhubung penampilan pakaian gimnastik yang mendedahkan susuk tubuh dan lurah faraj.  

sumber foto : Facebook Farah Ann

Baru-baru ini pula, terdapat isu berkenaan seorang individu dikenakan saman akibat memakai selipar ketika memandu sehingga menjadi bual mulut yang hangat di laman sosial. 

Pada masa yang sama, notis saman lalulintas seperti berikut tersebar secara meluas di laman sosial yang dipetik menerusi akaun Facebook milik Kelvin JcSay: 

sumber foto : Facebook Kelvin Jcsay

Daripada foto jelas kelihatan punca utama pemandu tersebut dikenakan notis saman lalulintas adalah kerana berpakaian tidak kemas sehingga mengundang situasi perang mulut di kalangan pengguna laman sosial. 

Ramai yang berpendapat : 

1) Adakah pihak kerajaan menetapkan seseorang perlu berpakaian kemas baru dibenarkan membawa kereta di jalanraya? 

2) Adakah kerajaan kita sangat memerlukan duit? 

Terdapat juga pengguna sosial media mengaitkan isu tersebut dengan isu yang hangat dibangkitkan berhubung cara pemakaian gimnas negara baru-baru ini, persoalan yang ditimbulkan itu memang tidak terkata langsung. 

sumber foto : Facebook Kelvin Jcsay

Namun demikian, segelintir pengguna sosial media yang bermata tajam menyedari bahawa individu yang dikenakan saman merupakan seorang pemandu lori. 

Menurut peraturan lalu lintas, mereka yang memandu lori adalah tidak dibenarkan berselipar ketika memandu. 

sumber foto : Facebook Kelvin Jcsay

Memang, sebenarnya selain lori, kenderaan bermuatan yang didaftar dibawah kenderaan penggunaan komersial, bas ekspress dan termasuk kenderaan pengangkutan yang bersaiz besar, semuanya diwajibkan memakai kasut yang bertutup atau but. 

sumber foto : http://www.ygej.cn/

Selain daripada itu, berdasarkan uandang-undang lalulintas, Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) sebenarnya turut menggalakan orang ramai, tidak kira samada ketika membawa kereta atau memandu kenderaan lain adalah dikehendaki memakai kasut bertutup atau but. 

sumber foto : http://photocdn.sohu.com/

Apakah tujuannya? Menurut pakar pemanduan, oleh kerana selipar yang dipakai tidak rapat dengan bahagian tapak kaki, jadi semasa pemandu kereta mengalami situasi mengejut, mungkin tidak terdaya menghentikan kereta dengan serta-merta, maka akan menyebabkan kemalangan berlaku.

sumber foto : http://p3.qhimg.com/

Di samping itu, selain selipar, pakar juga memberi amaran bahawa jangan memakai kasut bertumit tinggi ketika memandu kereta, ini kerana tumit kasut yang tinggi akan menyebabkan seseorang itu agak susah untuk menekan brek kaki. Termasuk juga kasut yang terlalu lebar pun jangan dipakai, ini mungkin menyebabkan kaki tersepit di antara pedal minyak atau pedal brek. 

Rosli Ni Tak Bergaul Dengan Orang, Sebab tu Tak Dapat Zakat


ROSLI NI TAK BERGAUL DENGAN ORANG, SEBAB TU TAK DAPAT ZAKAT

ROSLI NI TAK BERGAUL DENGAN ORANG, SEBAB TU TAK DAPAT ZAKAT

“Saya tidak mampu memberi kekayaan, tetapi setidak-tidaknya saya dapat menghulurkan kasih sayang dan pengorbanan kepada mereka. Inilah tanggungjawab saya setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 1.30 petang.”

Menyara tiga orang anak yang bersekolah dengan wang bantuan persekolahan sebanyak RM300 sebulan merupakan bebanan hebat buat Rosli Hamid yang lumpuh kedua kakinya selepas terlibat dalam kemalangan motosikal.

Rosli, 46, kini terpaksa bergantung harap sepenuhnya kepada wang Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan selain berdoa mendapat bantuan wang zakat yang sudah dipohonnya sejak tahun lepas.

Beban Rosli yang kini menetap di Kampung Air Itam, Terachi, Kuala Pilah itu dilihat semakin berat selepas dikatakan terpaksa berpindah dari rumah sewa yang didudukinya dengan kadar RM100 sebulan kini.


"Anak ada tiga, seorang darjah tiga, seorang darjah satu dan seorang lagi pra-sekolah.

"Mereka mendapat bantuan persekolahan sebanyak RM300 sebulan, jadi tiga anak ini akan berkongsi RM300 untuk wang belanja serta keperluan sekolah sehari-hari," katanya.

“Saya benar-benar mengharap wang zakat untuk meringankan beban kehidupan” - Rosli

Rosli terlibat dalam satu kemalangan motosikal sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kajang ke rumahnya di Kuala Pilah pada tahun lepas.

Sejak itu, dia hanya terbaring di atas katilnya setelah seharian mencari rezeki ala kadar dengan kerja-kerja kampung.

Rosli kini tinggal di rumah sewa selepas beberapa kali berpindah dan menetap bersama ibunya yang berusia 77 tahun.

Kata Rosli, paling menyedihkan apabila dikatakan ketua kampungnya tidak memberikan bantuan selepas permohonan zakat melaluinya dibuat pada tahun lepas.

"Dia (ketua kampung) tidak mahu angkat tangan walaupun berselisih di tepi jalan. Dia seolah-olah tidak mahu melayan saya.

"Saya benar-benar mengharap wang zakat untuk meringankan beban kehidupan. Saya sudah memohon namun sehingga kini masih tidak ada sebarang maklum balas.

"Kenapa jadi begini? Saya rasa benar-benar layak untuk mendapat zakat dan keperitan hidup dengan bergantung kepada wang bantuan persekolahan, JKM dan kerja-kerja kampung dengan keadaan diri yang tidak sempurna benar-benar memeritkan," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek berkata, Rosli perlu segera membuat aduan kepada pusat khidmat wakil rakyat di kawasannya.

Hasan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjelaskan, Rosli juga tidak boleh terlalu mudah membuat dakwaan kepada ketua kampung tanpa mengetahui perkara sebenar mengenai status permohonan zakatnya.

"Dia (Rosli) perlu lihat kembali permohonannya, apakah ada masalah atau dokumen yang tidak lengkap di sana.

"Kita tidak pernah meminggirkan mana-mana penduduk yang susah, saya sendiri turun padang setiap minggu untuk bersama penduduk Kuala Pilah mengikut bahagian. Apa juga aduan akan saya lihat dan salurkan bantuan.

"Susah jika ada aduan yang terus ke media tanpa berbincang dengan pihak saya terlebih dahulu. Kita tidak mahu ada penduduk yang cakap terpinggir selepas kerajaan sendiri ada memberi bantuan melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)," katanya.

Dalam pada itu jelas Hasan, Rosli mungkin kurang bercampur dengan penduduk lain sehingga kesusahannya menjadi seolah-olah kes terpencil.

"Rosli mungkin tidak membuat aduan melalui ahli jawatankuasa kampung dan pegawai kawasan sendiri.

"Saya andaikan Rosli ini kurang hidup bermasyarakat namun kita akan kaji semula kes ini selepas menerima aduan, kita tidak mahu ada penduduk yang terpinggir," ujarnya.

Menurut laman Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), agihan zakat di negeri itu pada tahun 2013 adalah RM76,833,689.98.

Ia merangkumi agihan antaranya kepada amil, miskin,muallaf, fakir dan fisabillilah.

Monday, 22 June 2015

Malaysia Negara Ke-10 Paling Malas Di Dunia ! Abah Kau Lah !



Satu kajian mendapati Malaysia berada di tangga ke-10 negara paling malas di dunia dengan 61.4 peratus penduduknya tidak aktif.

Malta yang merupakan antara destinasi pilihan pelancongan pula mempunyai penduduk paling malas di dunia dengan 71.9 peratus rakyatnya tidak aktif.



Jurnal saintifik, The Lancet menyatakan Swaziland menduduki tangga kedua senarai negara paling malas di dunia dengan 69 peratus rakyatnya tidak aktif.

Greece pula dilabel sebagai negara paling kurang malas dalam kajian tersebut. Hanya 15 peratus penduduk negara Mediterranean itu dikategorikan sebagai tidak aktif.

The Lancet menjalankan satu kajian global termasuk keputusan daripada 122 negara bagi melihat negara mana paling malas.

Secara keseluruhan, kajian itu mendapati wanita kurang aktif berbanding


lelaki. Peratus tertinggi wanita tidak aktif didapati berada di negara-negara yang sukar mendapat pekerjaan akibat kekangan sosial seperti Arab Saudi yang menduduki tangga ketiga senarai berkenaan.





Sumber: utusan, dailymail.co.uk, billiinfo