Tuesday, 30 June 2015

PANAS ! Stokis2 TUDUNG NAELOFAR ditergur Oleh RIZALMAN !

Rizalman Menegur Stokis Naelofar

Bisnes secara online kini seperti satu fenomena dan instagram dilihat sebagai medium paling tepat untuk melariskan sesuatu produk.

Dalam pada itu, kadang kala ada peniaga yang secara hentam keromo meletakkan hashtag yang tidak berkaitan dengan produknya. 

Hal seperti inilah yang membuatkan peniaga lain makan hati. Ini yang dirasakan apabila pereka fesyen, Rizalman mendapati hashtag untuk perniagaannya, #rizalmanforzalora turut di 'tag' dengan produk lain.

Dalam erti kata lain, ia di 'tag' dengan produk pesaingnya, Naelofar. Ia berpunca daripada sesetengah stokis produk tersebut yang menggunakan hashtag produk Rizalman ke dalam produk Naelofar. 

Melihatkan perkara ini yang seakan diambil mudah dan enteng, Rizalman membuat satu status yang bertujuan menegur mereka ini.

"Saya buat HASHTAG rizalmanforzalora ni sbb senang saya nak lihat pemakai2 rekaan saya bergaya sakan dengan belian mereka, jadi janganlah share page ini ok. 

Kalau meniaga tudung buat cara meniaga tudung... Jaga peradaban perniagaan dalam Islam sebagaimana tudung itu menjaga kehormatan seorang insan. #hanyamenegurbukanmarah" ujarnya melalui akaun Instagram.

(Sumber foto: Instagram Rizalman)

Ternyata status tersebut mendapat banyak reaksi netizen, sama ada menyokong dan sebaliknya. Takut jua jika pemilik Naelofar, Neelofa terasa hati. 

Namun, akhirnya teguran Rizalman nampaknya membuahkan hasil. Hasil carian terbaharunya mendapati hashtag menggunakan koleksi pakaiannya tidak lagi dikaitkan dengan tudung Naelofar kerana stokis berkenaan telah membuang hashtag berkenaan.

"Terimakasih diucapkan kepada stokist #naelofarhijab dan empunya label ini kerana sungguh bertanggungjawab mendengar teguran saya lantas mengambil langkah sepatutnya. Syabas. 

"Saya doakan perniagaan kalian bertambah maju. Amin #rizalmanforzalora ." ujarnya melalui Instagram miliknya.

(Sumber foto: Instagram Rizalman)

Begitulah, dalam perniagaan ini bukannya besar sangat, kalau boleh sama-sama membantu dan bukannya caras-mencaras menggunakan jenama orang lain, bukan begitu?

Cara teguran yang berhemah turut dilihat berkesan dalam mengelakkan sengketa mahupun terguris hati di pihak lagi satu. Keep it up!

No comments:

Post a Comment